
Kali ini kami akan membagikan bebrapa koleksi kitab karya Alhabib Muhammad (Sa'ad)Bin Alwi Alaydrus..
Beliau
adalah Al Habib Muhammad bin ‘Alwy Al Aydrus, digelar dengan nama Habib
Sa’ad. lahir di Tarim pada tahun 1351 H dan besar di Tarim.
Mengambil 'ilmu dari 'ulama-'ulama Tarim khususnya di Ribath Tarim.
Kemudian beliau berpindah ke ‘Aden untuk mencari bekerja. Dan disana
beliau berhadapan
dengan corak pemerintahan keras Komunis Merah pada ketika itu, yang
menahannya (masukkannya) dalam penjara tanpa kesalahan dan tanpa
kehormatan sebagai mana dilakukan kepada ramai daripada golongan
sholihin.
Namun mehnah (ujian) yang merupakan tarbiyyah Allah ke atasnya, maka
Allah telah mentaqdirkan baginya bahwa dia menghafal Al-Quran dalam
kegelapan penjara. Kemudian pada 1395 H beliau keluar dari penjara
setelah hampir 4 tahun dipenjara. Setelah itu beliau kembali ke Tarim
dan menjadi imam di Masjid As-Saqqaf dan guru Al-Quran di Mu’alamah Abi
Murayyin. Para pelajar berduyun-duyun datang belajar daripadanya
walaupun berlaku kekerasan komunis pada ketika itu dan masih lagi
berterusan selepas itu. Habib Sa’ad sangat suka membaca, memuthola’ah
dan mengumpul bahan-bahan ilmu sehingga semua karangannya mencapai lebih
70 buah kitab. Beliau juga terlibat dalam beberapa seminar dan muktamar
di Tarim.
Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah penghargaan dari Markas Ibnu
‘Ubaydillah As-Saqqaf kerana jasa dan sumbangannya dalam bidang
penghafalan Al-Quran.
Habib Sa'ad adalah Guru Al Qur'an oleh Habib 'Umar bin Muhammad bin Hafidz
Habib Sa’ad menghasilkan banyak penulisan, mencecah lebih daripada 70
buah. Antara karangan beliau yaitu kitab mengenai niat, siwak, kelebihan
kalimah Laa ilaaha ilallah,Hikam Al-Imam ‘Ali رضي الله عنه,,
Habib Sa’ad wafat pada usia 81 tahun. Beliau meninggal dunia ketika
sedang membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Al Imam Al Ghozali pada
tengahari Kamis dan Beliau tiba-tiba rebah sementara kitab masih berada
di tangan beliau. Allahu Akbar !!!
Download Kitab :
1. الارقام للحبيب سعدالعيدروس Download
2. Downloadالبكاء للحبيب سعدالعيدروس
3. kitab كيف تكون غنيا ... Download
0 komentar:
Posting Komentar